Tuesday 30 September 2014

Tips Power Excel (Asas) Part 1



Tips Power Excel (Asas) Part 1

Wahhh... Tajuk dah gempak, tp sebenarnya dalam blog ini aku nak kongsikan beberapa formula atau boleh kita panggil rumus mudah yang biasa kita gunakan dalam Excel.

Ia berdasarkan pengalaman dan pembelajaran aku selama beberapa kurun ini... Aiceh... Aku tengok tak banyak cerita sangat pasal Excel ni dalam bahasa Melayu, jadi aku nak jadi salah seorang yang berinisiatif (giler gempak) bagi berkongsi sedikit ilmu yang aku ada.. haha... Moga bermanfaat lah yo...

Ok, oleh kerana ini Part 1, jadi aku akan ajar yang paling basic dulu... Sape dah terer, dah otai, jgn bace, kang tak pasal korang loyer... kih3x.. Jom, tanpa buang masa dengan lebih banyak, we proceed =

Pelajaran Pertama, apa sebenarnya kegunaan Menu kat bawah ni? Mari kita tengok satu2 k...
(eh, lupe lak nak pesan, aku ambik yang jarang korang guna je untuk explain) yang dah korang terer korang mesti dah tau, macamana aku tau apa yang korang dah tau, haaa... tok sah pening, layan je k.. hehe..

Klik untuk zoom

Fungsi Menu : 

1) Format Painter


 : Yang ni aku panggil berus cat jer... Fungsi dia sama macam copy & paste, tapi kalau guna benda ni nescaya boleh lagi jimat dan cepat kerja korang... Aku nak explain takut korang pening, tp basically fungsi Format Painter ni adalah untuk copy Format sesuatu Cell atau Range dalam Excel tu dan paste kan Format tersebut kat tempat yang kita nak.  Dia akan ubah sebijik Format yang kita copy tadi... Haaaa... paham tak? Aku tengok ada dah dahi yang berkerut tu.. xpe2x.. jgn pening2, aku bg contoh bergambar kat bawah ni : 

Contoh 1
Korang tengok kat Contoh 1 kat atas, 

Cell A1 : warna font merah; warna cell kuning
Cell B1 : warna font Hitam; warna cell putih
Cell C1 : warna font hitam: warna cell hijau
Cell D1 : warna font Hijau Bold; warna cell putih

Jadi misal kata korang nak Cell D1 sebijik macam Cell A1, apa yang korang perlu buat, mula-mula click cell A1, xyah double click, click sekali jer, then korang click lak kat Format Painter tu, kendian baru lah korang click kat Cell D1... Taraaaaa... dah jadik!!

Xcaye? korang cubelah sendiri... hehe.. tu gambaran awal tentang kegunaan berus cat ni, aku paling suke guna, sebab mudah dan simple... 

Bila korang buat mesti dapat macam ni =)
Antara lain fungsi berus cat ni, kat bawah ni aku senaraikan, dan korang pun mesti boleh carik sendiri kan kan kan... 

1)  Copy formula
2)  Copy boarder 
3)  Copy Warna
4)  Copy jenis Font, saiz Font
5)  Copy Alignment ea, contoh nak left, right, top, bottom etc.
6)  Copy lah cari sendiri (ko p lah cari sendiri) hehe... 

Apa yang aku nak highlight kat sini adalah cara nak guna Format Painter ni, korang mula-mula sekali perlu, Wajib highlight kan dulu Cell atau Range yang korang nak copy Format ea, paham?  Lepas highlight baru korang click kat Format Painter tu, dan barulah last sekali korang paste kan kat Cell atau Range yang korang nak sama kan itu... Paham kan... 

Aku percaya korang semua ni terer2 belaka... Jadi cukuplah sesi Format Painter ni, kalau ada yang tak jelas, perlukan pencerahan lebih, ce komen skit, ado maso t aku jawab.. kih3x...

No comments:

Post a Comment