Ting Tong....
Hujan
turun dengan agak lebat pada malam ni, aku yang dah byk tidur siang tadi tak
terliur pulak untuk bergandingan dengan tilam dan bantalku,walhal, kalau ikut
kan kebiasaan, time macamnilah yang seronok sekali untuk kita mencipta mimpi
indah... kui3x.. Lalu, tanpa berlengah, jari jemariku yang kasar ini meliuk
liuk menari di papan kekunci (kekunci ke? Bedal je lah...haha) keyboard. Jam
menunjukkan tepat pukul 11 malam...
Lalu
aku pun teringin nak sambung story pasal Excel... Kalau korang nak tau, kat tempat kerja aku
kengkawan gelar aku gila, gila apa? Gila Excel...kih3x... Manakan tidak, banyak
juga kerja-kerja diaorang terutama yang berkaitan Excel, Word maupun kerja
pasang mentol lampu (jauh lari tu...hahah...tapi memang aku tolong jer, mane
yang aku mampu lah..) yang memerlukan khidmat aku membantu, ecehceh... ni bukan
nak angkat bakul beb, tapi sekadar coretan hati, buat kenang-kenangan dah tua
nanti (kalau sempat tua...)
Aku
saja buat lembaran ataupun coretan berkenaan Excel ni, sebab aku nak kongsi ngan korang kengkawan aku semua, apa yang
Excel ni sebenarnya mampu buat, bagi memudahkan kerja korang... Sebenarnya
kalau kita dapat memaxsimize kan kegunaan Excel ni, wa cakap lu, memang gempak
kerje kita wei...
Jadi
atas sebab itu, aku nak cerita harini antara tugas-tugas ataupun dengan bahasa
mudahnya apa yang aku dah manfaatkan Excel ni dalam kerja-kerja ku seharian,
yang ni akan aku paparkan beberapa fungsi Excel yang Extreme tahap gaban yang
mana biasa orang Admin buat guna Word... Maksud aku kerja menggunakan Excel
lagi jimat masa, avoid error, pantas dan berkesan... Boleh aku cakap kalau kita
guna Word, ambil masa 3 hari, tp kalau convert Excel, 3 jam siap! Percaya? Haaa...
Sat g aku tunjuk antara hasil kerja aku, mungkin korang boleh dapat idea jugak
untuk meng”implement” nya ke dalam job korang, dan mungkin korang pun ada yang
lebih power Rangers, mungkin boleh kita share sesame, hehe... Jom tgk
bukti-bukti:
1)
UV Calculation :
Yang
ni aku buat bagi memudahkan kerja wife aku, cara guna mende ni, just kita
masukkan Kuantiti produk tu berapa, dan otomatik Total nya akan keluar kat
bahagian atas tu, dan haaaa... yang menariknya bila kita click button “CLEAR”
tu, segala apa kuantiti yang kita buat tadi, akan hilang dengan sendirinya,
kembali seperti Default lah, xperlu lagi nak delete satu-satu.. Best kan... ;)
2)
Examination Docket
Yang
ni aku tolong kawan aku kat sebuah Kolej Swasta, Kolej ni masih xde sistem lagi
dalam mengeluarkan slip atau Docket Exam, jadi diaorang kena buat manual, jenuh
nak copy pasta masuk dalam Word, jadi sebagai inisiatif mudah, aku create macam
kat atas tu, diaorang just isi IC kat cell C2, dan otomatik semua details
students tu keluar, jadi mudahkan, tinggal print dan save jer... hehe...
3)
Attendance
Yang
ni pulak attendace students sesuatu kelas... Haaa... ko nampak? Kat Sistem ni
aku dah set kan bilangan pelajar hadir otomatik, maksudnya bila tick je dia dah
kira dah berapa tick, berapa belajar yang hadir semua, kalau letak tarikh jer,
otomatik semua dah tanda tick, jadi mana yang tak hadir, korang just tukar tick
tu pada kosong “0”... Mudah sangat... Kalau sebelum ni diaorang perlu tick
satu-satu nama, leceh beb, jadi diaorang just kenal pasti sapa tak hadir, pehtu
tanda kosong kat nama tersebut...
4)
Receipt
Gambar A
Gambar B
Untuk
receipt ni aku bagi dua screen shoot, supaya kawan-kawanku sekalian paham
yea... kat sini aku just letak berapa kuantiti sesuatu produk tu kat gambar A,
Then kat gambar B dia akan otomatik keluar semuanya... xperlu tekan apa-apa
dah, just print and save... Jimat giler...
5)
Surat Lawatan
Baiklah,
yang ni surat lawatan pelajar, surat ni Pensyarah akan beri kepada HEA (Hal
Ehwal Akademik) bagi mendapatkan kelulusan mengadakan lawatan untuk student
diaorang... Jadi kami kat HEA perlu taip semula, no matrik, Nama, rujukan kami,
tarikh, subjek, kod subjek dan byk lagi lah kat surat tu satu-per-satu, nama
pelajar lak dalam surat tu kengkadang bukan sorang dua nama jer, ada yang
menjangkau lapan dan belas-belas, jadi bila lah nak siap kan... Akhirnya aku
telah mengambil inisiatif macam kat gambar penuh atas tu.. Aku adjust supaya
bila print sebijik surat tu seperti dalam Word sebelum ni, yup, memang sebijik,
dan amat mudah menggunakannya (menggunakan jer mudah tau, mencipta hahaha, korang kene pikiaq byk2) Melalui inisiatif ini aku just taip details
kat kotak bahagian kiri tu dan akan keluar otomatik kat bahagian kanan, iaitu
bahagian di mana kalau print just keluar bahagian kanan ni jer.... surat.....
Sebenarnya
banyak lagi yang korang leh buat dengan Excel ni beb... Antanya belanjawan
kewangan korang, jadual, pengiraan, aduh, banyak lah... aku nak list satu-satu
pun rasanya tak perlu kot... Kalau korang perlukan apa-apa; pertanyaan ka,
perkhidmatan ke, commentlah kat bawah, atau boleh je contact aku... oklah, tu
jer stakat ni, moga jumpa lagi di lain waktu... Selamat Malam.... hehehe...