Thursday 26 October 2017

Alhamdulillah...

Masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah yang luas ni...

Selepas ini saya nak umumkan pada diri ini, bahawasanya, blog ini akan bertukar wajah.

Jeng jenggg jengggg...

InshaAllah, saya akan mula mengaktifkan balik diri dalam "berblog", untuk share lebih banyak perkara dan ilmu, pengalaman, agar berguna untuk diri saya terutamanya, yealah, satu hari nanti nak rujuk-rujuk, nak ingat-ingat, nak kenang-kenang kan..

Mudah-mudahan bermanfaat.. =)

Tuesday 4 November 2014

Senarai Formula Yang biasa

Agak lama aku tak conteng2 blogku ini... Huaaa.....   T_T

Masa dan keadaan yang tidak membolehkan aku menggunakan internet banyak mengekang, (ceh alasan naaa), tapi memang betul... 

Baiklah aku nak letak, nak post pasal Formula Excel, ni pun just sebagai aku punyer reference gak, ok, aku kene cepat, sebab nak pukul 2, kang masuk keje dah... hahaha...

1)  Vlookup 

2) Index + Match

3) If 

4) len

5) countif

6) Sum

Alamak xsempat, nak out t sambung...

Wahhh lame giler baru nak sambung... dari 4/11/2014, bukan hari, bukan bulan, tp 3 tahun.. fuhhh.. berabuk giler... huhu...

Jom sambung:

7) DATEDIF(E13,H12,"m") - nak dapatkan duration bulan

8) DAY(EOMONTH(E13,0)) - nak dapatkan end of month berapa hari

9) EOMONTH(E14,0) - dapatkan last day of month

10) EDATE(E13,1)-DAY(EDATE(E13,1))+1      - nak dapatkan 1st date of next month

Sunday 12 October 2014

Apa Yang Excel Boleh Buat?

Ting Tong.... 

Hujan turun dengan agak lebat pada malam ni, aku yang dah byk tidur siang tadi tak terliur pulak untuk bergandingan dengan tilam dan bantalku,walhal, kalau ikut kan kebiasaan, time macamnilah yang seronok sekali untuk kita mencipta mimpi indah... kui3x.. Lalu, tanpa berlengah, jari jemariku yang kasar ini meliuk liuk menari di papan kekunci (kekunci ke? Bedal je lah...haha) keyboard.   Jam menunjukkan tepat pukul 11 malam...

Lalu aku pun teringin nak sambung story pasal Excel...  Kalau korang nak tau, kat tempat kerja aku kengkawan gelar aku gila, gila apa? Gila Excel...kih3x... Manakan tidak, banyak juga kerja-kerja diaorang terutama yang berkaitan Excel, Word maupun kerja pasang mentol lampu (jauh lari tu...hahah...tapi memang aku tolong jer, mane yang aku mampu lah..) yang memerlukan khidmat aku membantu, ecehceh... ni bukan nak angkat bakul beb, tapi sekadar coretan hati, buat kenang-kenangan dah tua nanti (kalau sempat tua...)

Aku saja buat lembaran ataupun coretan berkenaan Excel ni, sebab aku nak kongsi  ngan korang kengkawan aku semua, apa yang Excel ni sebenarnya mampu buat, bagi memudahkan kerja korang... Sebenarnya kalau kita dapat memaxsimize kan kegunaan Excel ni, wa cakap lu, memang gempak kerje kita wei...

Jadi atas sebab itu, aku nak cerita harini antara tugas-tugas ataupun dengan bahasa mudahnya apa yang aku dah manfaatkan Excel ni dalam kerja-kerja ku seharian, yang ni akan aku paparkan beberapa fungsi Excel yang Extreme tahap gaban yang mana biasa orang Admin buat guna Word... Maksud aku kerja menggunakan Excel lagi jimat masa, avoid error, pantas dan berkesan... Boleh aku cakap kalau kita guna Word, ambil masa 3 hari, tp kalau convert Excel, 3 jam siap! Percaya? Haaa... Sat g aku tunjuk antara hasil kerja aku, mungkin korang boleh dapat idea jugak untuk meng”implement” nya ke dalam job korang, dan mungkin korang pun ada yang lebih power Rangers, mungkin boleh kita share sesame, hehe... Jom tgk bukti-bukti:

1) UV Calculation :



Yang ni aku buat bagi memudahkan kerja wife aku, cara guna mende ni, just kita masukkan Kuantiti produk tu berapa, dan otomatik Total nya akan keluar kat bahagian atas tu, dan haaaa... yang menariknya bila kita click button “CLEAR” tu, segala apa kuantiti yang kita buat tadi, akan hilang dengan sendirinya, kembali seperti Default lah, xperlu lagi nak delete satu-satu.. Best kan... ;)


2) Examination Docket


Yang ni aku tolong kawan aku kat sebuah Kolej Swasta, Kolej ni masih xde sistem lagi dalam mengeluarkan slip atau Docket Exam, jadi diaorang kena buat manual, jenuh nak copy pasta masuk dalam Word, jadi sebagai inisiatif mudah, aku create macam kat atas tu, diaorang just isi IC kat cell C2, dan otomatik semua details students tu keluar, jadi mudahkan, tinggal print dan save jer... hehe...

3) Attendance


Yang ni pulak attendace students sesuatu kelas... Haaa... ko nampak? Kat Sistem ni aku dah set kan bilangan pelajar hadir otomatik, maksudnya bila tick je dia dah kira dah berapa tick, berapa belajar yang hadir semua, kalau letak tarikh jer, otomatik semua dah tanda tick, jadi mana yang tak hadir, korang just tukar tick tu pada kosong “0”... Mudah sangat... Kalau sebelum ni diaorang perlu tick satu-satu nama, leceh beb, jadi diaorang just kenal pasti sapa tak hadir, pehtu tanda kosong kat nama tersebut...

4) Receipt

Gambar A

Gambar B

Untuk receipt ni aku bagi dua screen shoot, supaya kawan-kawanku sekalian paham yea... kat sini aku just letak berapa kuantiti sesuatu produk tu kat gambar A, Then kat gambar B dia akan otomatik keluar semuanya... xperlu tekan apa-apa dah, just print and save... Jimat giler...

5) Surat Lawatan


Baiklah, yang ni surat lawatan pelajar, surat ni Pensyarah akan beri kepada HEA (Hal Ehwal Akademik) bagi mendapatkan kelulusan mengadakan lawatan untuk student diaorang... Jadi kami kat HEA perlu taip semula, no matrik, Nama, rujukan kami, tarikh, subjek, kod subjek dan byk lagi lah kat surat tu satu-per-satu, nama pelajar lak dalam surat tu kengkadang bukan sorang dua nama jer, ada yang menjangkau lapan dan belas-belas, jadi bila lah nak siap kan... Akhirnya aku telah mengambil inisiatif macam kat gambar penuh atas tu.. Aku adjust supaya bila print sebijik surat tu seperti dalam Word sebelum ni, yup, memang sebijik, dan amat mudah menggunakannya (menggunakan jer mudah  tau, mencipta hahaha, korang kene pikiaq byk2)  Melalui inisiatif ini aku just taip details kat kotak bahagian kiri tu dan akan keluar otomatik kat bahagian kanan, iaitu bahagian di mana kalau print just keluar bahagian kanan ni jer.... surat.....


Sebenarnya banyak lagi yang korang leh buat dengan Excel ni beb... Antanya belanjawan kewangan korang, jadual, pengiraan, aduh, banyak lah... aku nak list satu-satu pun rasanya tak perlu kot... Kalau korang perlukan apa-apa; pertanyaan ka, perkhidmatan ke, commentlah kat bawah, atau boleh je contact aku... oklah, tu jer stakat ni, moga jumpa lagi di lain waktu... Selamat Malam.... hehehe... 

Wednesday 8 October 2014

Tips Power Excel (Asas) Part 3


Jumpa lagi kita yea, harini aku nak sambung sharing ilmu sikit berkenaan Excel ni, jadi harini nak brief pasal Alignment Menu seperti kat bawah ni :



Ok pada bahagian part 2 dulu, aku dah pun ceritakan berkenaan bahagian no 1 tu kan...

Oleh itu, harini nak story no 2 dan no 3 punya fungsi...  Menu ni aku yakin dah ramai yang tahu, tapi untuk melengkapkan jugak silibus, aku terpaksa bagitau jugak... hahaha...

Kenali Fungsi Menu dalam Alignment:

Ok, no 2 belah atas yang ada tulis “ab” berserta anak panah kat atas tu namanya Orientation, biasanya ia digunakan dalam jadual yang ruangnya kecil, jadi kita boleh adjust sesuatu perkataan tersebut dengan menu ini, kita boleh buat dia menegak, mengereng ke tepi, mengereng ke bawah dan sebagainya... Aku rase baik korang try buat dulu, nanti korang paham lah...

Bawah Orientation tu plak, kita panggil “Indent”, samada indent ke kiri, atau indent ke kanan...  Fungsi ea macam nak wat perenggan, kan kita kene mulakan perenggan kita jarak skit kan, kalau dulu-dulu waktu darjah-darjah, cikgu pesan jarakkan dua jari tangan, lepas tu masing-masing sibuk ukur jari memasing.. adui... hihihi...

Umm rasenya korang dah mula mahir No 1 dan 2 ni, jadi kite tgk yang ke 3, yang atas tu namanya “wrap text” fungsi nya kita nak supaya semua perkataan, semua huruf yang kita tulis kat sesuatu cell itu boleh nampak, fungsi ni dia akan otomatik adjust kebesaran Column dan Row supaya boleh view semua tulisan kita.  Contoh ea cam ni :





Yang seterusnya “Merge & Center”, ok, gunanya untuk kita gabungkan Column ataupun Row, atau kedua dua nya sekali, caranya seperti biasa yea, highlight kan Range yang nak kita gabungkan jadi satu tu, lepas highlight kite click kat Menu Merge & Center itu... Taraaaa... ia pun jadi satu... hehe


Ok, cukup dulu, nanti kita belajar lain lak yo... ^^

Tuesday 30 September 2014

Tips Power Excel (Asas) Part 2

Tips Power Excel (Asas) Part 2

Yoo... bertemu lagi kita di Part 2, aiceh... Kali ini aku nak bawak korang melayari fungsi menu yang lain, dalam Part 1, korang dah sedia maklum dah kan "The Function of Format Painter", dan aku yakin dan begitu percaya + teruja dengan progress korang, memang Power Rangers lorh korang.. hihi... Jom teruskan..

2)  Fill Color Menu


Benda kek sebelah ni aku yakin korang dah selalu guna, fungsi utama adalah untuk mewarnakan sesuatu cell atau range yang kita nak mengikut warna kesukaan kita...  Contoh : 




 Yang ni kalau korang nak warnakan satu cell, jadi click je kat cell yang korang nak warnakan tu, pehtu click kat Color Menu, then pilih warna korang suka, siap..!


Ni range, caranya sama jer, mula-mula highlight kan range yang korang nak warnakan then p kat Fill Color, then pilih lah Color korang.. Mak ai sonang sangat kan.. hehe.. 

3)  Alignment

Alignment Menu ni perlu untuk kita betul kan format, lagi-lagi yang berkaitan dengan dunia korporat aiceh.. jadi kat bawah ni adalah satu contoh yang bila aku rasa kita tengok sekali korang mesti boleh paham, hmm sambil tu aku nak p minum teh panas jap, sejuk-sejuk ni sedap layan teh panas wo... (aku bukan kat tempat salji, korang jgn salah paham lak, aku kat tempat di mana hujan tengah turun dan aircond sejuk yang giler2x.. haha...




Contoh fungsi Aligenent Menu


Ummm ok, aku tak rase korang teruja lagi dengan Part 1 dan Part 2 ni, jadi masa aku pun dah semakin suntuk, dan sesungguhnya masa itu amat mencemburui aku.. kih3x...

Ohya, sebelum aku lupa, untuk Part 3 aku ingat nak ajar pasal short cut key board!!!!!!  Hmmm teruja tak..?? hahaha...  Biar aku gtau dulu antara point2 nya supaya korang tak senang duduk.. =p

Korang tau tak nak tekan apa untuk edit sesuatu cell? Maksud aku selain dari double click korang punya mouse tu, haaa... ada cara lain dengan hanya menekan keyboard korang... 

Korang nak tau the easy way to go to other sheet dengan hanya pakai keyboard?  The easy way to delete Column? To delete Row? Stay tune ok...  Aku story kat lain masa... peace... ^^


Tips Power Excel (Asas) Part 1



Tips Power Excel (Asas) Part 1

Wahhh... Tajuk dah gempak, tp sebenarnya dalam blog ini aku nak kongsikan beberapa formula atau boleh kita panggil rumus mudah yang biasa kita gunakan dalam Excel.

Ia berdasarkan pengalaman dan pembelajaran aku selama beberapa kurun ini... Aiceh... Aku tengok tak banyak cerita sangat pasal Excel ni dalam bahasa Melayu, jadi aku nak jadi salah seorang yang berinisiatif (giler gempak) bagi berkongsi sedikit ilmu yang aku ada.. haha... Moga bermanfaat lah yo...

Ok, oleh kerana ini Part 1, jadi aku akan ajar yang paling basic dulu... Sape dah terer, dah otai, jgn bace, kang tak pasal korang loyer... kih3x.. Jom, tanpa buang masa dengan lebih banyak, we proceed =

Pelajaran Pertama, apa sebenarnya kegunaan Menu kat bawah ni? Mari kita tengok satu2 k...
(eh, lupe lak nak pesan, aku ambik yang jarang korang guna je untuk explain) yang dah korang terer korang mesti dah tau, macamana aku tau apa yang korang dah tau, haaa... tok sah pening, layan je k.. hehe..

Klik untuk zoom

Fungsi Menu : 

1) Format Painter


 : Yang ni aku panggil berus cat jer... Fungsi dia sama macam copy & paste, tapi kalau guna benda ni nescaya boleh lagi jimat dan cepat kerja korang... Aku nak explain takut korang pening, tp basically fungsi Format Painter ni adalah untuk copy Format sesuatu Cell atau Range dalam Excel tu dan paste kan Format tersebut kat tempat yang kita nak.  Dia akan ubah sebijik Format yang kita copy tadi... Haaaa... paham tak? Aku tengok ada dah dahi yang berkerut tu.. xpe2x.. jgn pening2, aku bg contoh bergambar kat bawah ni : 

Contoh 1
Korang tengok kat Contoh 1 kat atas, 

Cell A1 : warna font merah; warna cell kuning
Cell B1 : warna font Hitam; warna cell putih
Cell C1 : warna font hitam: warna cell hijau
Cell D1 : warna font Hijau Bold; warna cell putih

Jadi misal kata korang nak Cell D1 sebijik macam Cell A1, apa yang korang perlu buat, mula-mula click cell A1, xyah double click, click sekali jer, then korang click lak kat Format Painter tu, kendian baru lah korang click kat Cell D1... Taraaaaa... dah jadik!!

Xcaye? korang cubelah sendiri... hehe.. tu gambaran awal tentang kegunaan berus cat ni, aku paling suke guna, sebab mudah dan simple... 

Bila korang buat mesti dapat macam ni =)
Antara lain fungsi berus cat ni, kat bawah ni aku senaraikan, dan korang pun mesti boleh carik sendiri kan kan kan... 

1)  Copy formula
2)  Copy boarder 
3)  Copy Warna
4)  Copy jenis Font, saiz Font
5)  Copy Alignment ea, contoh nak left, right, top, bottom etc.
6)  Copy lah cari sendiri (ko p lah cari sendiri) hehe... 

Apa yang aku nak highlight kat sini adalah cara nak guna Format Painter ni, korang mula-mula sekali perlu, Wajib highlight kan dulu Cell atau Range yang korang nak copy Format ea, paham?  Lepas highlight baru korang click kat Format Painter tu, dan barulah last sekali korang paste kan kat Cell atau Range yang korang nak sama kan itu... Paham kan... 

Aku percaya korang semua ni terer2 belaka... Jadi cukuplah sesi Format Painter ni, kalau ada yang tak jelas, perlukan pencerahan lebih, ce komen skit, ado maso t aku jawab.. kih3x...

Monday 29 September 2014

Short Cut Keyboard Excel

Hai bertemu kembali dalam rancangan “Tanyalah Faisz..!!” hahaha... (berangan sat naaa...) =p
Baiklah, seperti yang dijanjikan semalam harini, aku nak brief pasal shortcut keyboard, lepastu kita sambung perjelaskan kegunaan Menu kat atas excel. ..

Sebelum itu macam beselah sebelum aku explain, aku suka nak berleter dahulu, kalau kene ngan mood berleter aku memang kengkawan aku xsenang duduk, bukan setakat kengkawan aku jer xsenang duduk, cicak yang sedang asyik bercouple kat bumbung rumah pun boleh bunuh diri... hahaha... Kesian cicak tu kan, eh biaq p lahhhh... =p

Tapi sebenarnya aku bukanlah jenis yang sukaq beletiaq, amboi cakap kedah noo... belajar ngan orang rumah.. hehehe... Aku ni pendiam, pemalu & sopan orang nye... uwekkkk... aduhhh, ok cukup2x... tu mukaddimah pagi ni, bagi aku semangat skit nak menulis... So, korang suka ke tak suke ke korang dah terpaksa baca betul x? Hehehe...

Ok, first of all, apa best sangat shortcut key board ni? Nak main (aku suka guna istilah main dari buat keje) Excel je kut... hehe..
Jadi, kalau korang nak tau, apa istimewanye, aku senaraikan kat bawah ni, jadi mungkin korang akan terkedu lantas teruja untuk mempelajari nya... Layannnn :

Kelebihan kalau korang terer Short cut keyboard Excel :
1)  Keje korang akan lebih laju, pantas dan cepat (macam same je... kih3x)
2)  Korang akan lebih seronok dan addict, ini membuatkan kerja korang bertambah kuali nya, ops kualitinya, bos pun akan sayang...
3)  Tangan korang xlah lenguh sangat, kalau dulu asyik nak pegang mouse je kan, kali ini hah, semua boleh dikecapi dengan keyboard, senang beb...
4)  Awek2 atau pakwe2 yang tetibe duduk kat sebelah korang pasti teruja... kih3x..
5)  Jimat masa korang...
6)  Kurang kan stress, lagi2 kalau mouse jenis tekan sekali asyik lari2 (mouse rosak)..
7)  Aku bagi bonus bukan Excel je, malah korang leh apply kat windows korang tu...
8)  Korang akan jadi lebih Handsome dan cun melecun...eh3x.. cam dah jauh lari ni... hihihi... ok2x, cukuplah tu, karang sampai ke laut kalau aku nak listkan lebih2...

Ok jom kita start pembelajaran kita ya murid-murid.... (bile nak start ni dari tadi xstart2...grrrhhh) jgn marah... =p

Kalau korang nak cepat paham, sambil korang study tu, sambil korang bukak Excel kat Laptop atau PC korang k ^^

Key
Kegunaan
F2
Edit sesuatu cell, fungsi nya sama macam kita double click mouse, saja aku bagitau fungsi ni dulu sebab aku ingat lagi kisah silam aku, 3 tahun aku berkecimpung dalam Excel2 ni punya task, baru aku tau fuction ni... Sedih kan.. hahaha...
Ctrl + Page Down
Nak p kat Sheet sebelah kanan... (Alaaa yang kat sebelah kiri, bawah sekali tu kan ada dia mention Sheet1, Sheet2, Sheet3 tu kan) haa, yang tulah... ok, cuba korang buat...
Ctrl + Page Up
Ni sama macam kat atas cuma kalau yang Page Down belah kanan, yang Page Up ni belah kiri
Ctrl + Space
Nak select full Column
Shift + Space
Nak select full Row (buat sekarang kang tak paham... )
Ctrl + -
Korang tekan Ctrl dan simbol minus tu “-“  urmmm xpaham ke? Aduiii.. ia boleh ditemui kat keyboard korang tu sebelah nombor kosong, atas huruf P sebelah kanan... hihi...

Fungsi nya adalah untuk delete, ce korang try, pastu korang tau punye... ok.. =)
Ctrl + Home
Sebelum aku bagitau fungsi Key ni, aku nak tanya korang tau x dalam sheet Excel ni ada Home mereka sendiri... haaaa... Jgn x tau... Ok straight to the point Home ni adalah pada Cell A1, contoh lah kalau korang dah main Excel ni sampai kat Cell Z90, takkan nak scroll mouse korang tu sampai atas balik kan, jadi just tekan Key ni, dia akan membawa anda terus sampai rumah... hehee... Menarik kan...
Ctrl + End
Kalau ada Home ada juga Ending nyer, maksud aku, Key ni akan membawa korang kat tempat paling hujung di mana korang berakhir... ok? Paham? Bagusssss....
Shift + ARROW KEY
Yang ni ko tekan Shift bersama dengan Arrow Key; xkisah lah ke atas ke, arrow ke bawah ke, ke kananlah ooo hoi.., ke kirilah oooo hoi... eh ternyanyi plak.. hahah... Fungsi ni nak highlight kan sesuatu range yang korang nak.. mudah je kan... aku rasa most of you already know about this =p
Ctrl + ARROW KEY
Hah, kalau atas ni korang tekan shift plus arrow key, tapi kalau tekan Ctrl lak apa akan jadi????
Ce korang test, hah? Ce korang bagitau aku apa jadi?
Haaaa... pandai lah murid2 sekalian, hehe... Fungsi key ni adalah untuk korang p kat tempat paling last korang edit, kalau korang tekan arrow kanan, dia akan p kat tempat paling kanan, kalau atas paling atas lah dia p, kalau bawah? Aduh, malas lah aku jawab, korang jawablah.. haha...
Memanglah dia akan p kat tempat paling last kan, tp misal kata ada blank kat certain2 cell, dia akan berhenti kat situ, pandai kan... jadi mudah lah korang nak tau ada cell masih korang xisi, atau memang xnak isi...
COMBO KEY

Ctrl + Shift + ARROW KEY
Haaa... amek ko, yang ni aku namakan COMBO KEY... mih3x...
Maknanye korang gabungkan semua tu, hah, itulah fungsinya...
Aku rasa korang paham dah, sebab aku nampak ada dah yang try buat kat pc masing2... hhihihi... sape blom try, try cepattttt...
Alt
Eh, satu Key je ke? Yup, satu key je... Yang ni ce korang tekan, haaa... dia akan muncul huruf identification kat Menu Excel (Word pun buleh sebenarnye) korang... Lantas apakah yang perlu daku lakukan??? Ekelleh... korang tekan lah Huruf yang korang berkenan, kalau nak p kat View Menu, korang tekan lah huruf W tu lepas tu dia akan masuk menu View, then tekanlah ikut citarasa korang nak buat apa kat menu tersebut...

Ok, aku rasa cukup lah takat ni, kalau korang nak lagi, korang cakap ea... hihi... lau aku ada kesempatan aku akan updated lagi shortcut2 key yang aku tau.. 

Renung-renungkan, selamat beramal... =p