Sunday 12 October 2014

Apa Yang Excel Boleh Buat?

Ting Tong.... 

Hujan turun dengan agak lebat pada malam ni, aku yang dah byk tidur siang tadi tak terliur pulak untuk bergandingan dengan tilam dan bantalku,walhal, kalau ikut kan kebiasaan, time macamnilah yang seronok sekali untuk kita mencipta mimpi indah... kui3x.. Lalu, tanpa berlengah, jari jemariku yang kasar ini meliuk liuk menari di papan kekunci (kekunci ke? Bedal je lah...haha) keyboard.   Jam menunjukkan tepat pukul 11 malam...

Lalu aku pun teringin nak sambung story pasal Excel...  Kalau korang nak tau, kat tempat kerja aku kengkawan gelar aku gila, gila apa? Gila Excel...kih3x... Manakan tidak, banyak juga kerja-kerja diaorang terutama yang berkaitan Excel, Word maupun kerja pasang mentol lampu (jauh lari tu...hahah...tapi memang aku tolong jer, mane yang aku mampu lah..) yang memerlukan khidmat aku membantu, ecehceh... ni bukan nak angkat bakul beb, tapi sekadar coretan hati, buat kenang-kenangan dah tua nanti (kalau sempat tua...)

Aku saja buat lembaran ataupun coretan berkenaan Excel ni, sebab aku nak kongsi  ngan korang kengkawan aku semua, apa yang Excel ni sebenarnya mampu buat, bagi memudahkan kerja korang... Sebenarnya kalau kita dapat memaxsimize kan kegunaan Excel ni, wa cakap lu, memang gempak kerje kita wei...

Jadi atas sebab itu, aku nak cerita harini antara tugas-tugas ataupun dengan bahasa mudahnya apa yang aku dah manfaatkan Excel ni dalam kerja-kerja ku seharian, yang ni akan aku paparkan beberapa fungsi Excel yang Extreme tahap gaban yang mana biasa orang Admin buat guna Word... Maksud aku kerja menggunakan Excel lagi jimat masa, avoid error, pantas dan berkesan... Boleh aku cakap kalau kita guna Word, ambil masa 3 hari, tp kalau convert Excel, 3 jam siap! Percaya? Haaa... Sat g aku tunjuk antara hasil kerja aku, mungkin korang boleh dapat idea jugak untuk meng”implement” nya ke dalam job korang, dan mungkin korang pun ada yang lebih power Rangers, mungkin boleh kita share sesame, hehe... Jom tgk bukti-bukti:

1) UV Calculation :



Yang ni aku buat bagi memudahkan kerja wife aku, cara guna mende ni, just kita masukkan Kuantiti produk tu berapa, dan otomatik Total nya akan keluar kat bahagian atas tu, dan haaaa... yang menariknya bila kita click button “CLEAR” tu, segala apa kuantiti yang kita buat tadi, akan hilang dengan sendirinya, kembali seperti Default lah, xperlu lagi nak delete satu-satu.. Best kan... ;)


2) Examination Docket


Yang ni aku tolong kawan aku kat sebuah Kolej Swasta, Kolej ni masih xde sistem lagi dalam mengeluarkan slip atau Docket Exam, jadi diaorang kena buat manual, jenuh nak copy pasta masuk dalam Word, jadi sebagai inisiatif mudah, aku create macam kat atas tu, diaorang just isi IC kat cell C2, dan otomatik semua details students tu keluar, jadi mudahkan, tinggal print dan save jer... hehe...

3) Attendance


Yang ni pulak attendace students sesuatu kelas... Haaa... ko nampak? Kat Sistem ni aku dah set kan bilangan pelajar hadir otomatik, maksudnya bila tick je dia dah kira dah berapa tick, berapa belajar yang hadir semua, kalau letak tarikh jer, otomatik semua dah tanda tick, jadi mana yang tak hadir, korang just tukar tick tu pada kosong “0”... Mudah sangat... Kalau sebelum ni diaorang perlu tick satu-satu nama, leceh beb, jadi diaorang just kenal pasti sapa tak hadir, pehtu tanda kosong kat nama tersebut...

4) Receipt

Gambar A

Gambar B

Untuk receipt ni aku bagi dua screen shoot, supaya kawan-kawanku sekalian paham yea... kat sini aku just letak berapa kuantiti sesuatu produk tu kat gambar A, Then kat gambar B dia akan otomatik keluar semuanya... xperlu tekan apa-apa dah, just print and save... Jimat giler...

5) Surat Lawatan


Baiklah, yang ni surat lawatan pelajar, surat ni Pensyarah akan beri kepada HEA (Hal Ehwal Akademik) bagi mendapatkan kelulusan mengadakan lawatan untuk student diaorang... Jadi kami kat HEA perlu taip semula, no matrik, Nama, rujukan kami, tarikh, subjek, kod subjek dan byk lagi lah kat surat tu satu-per-satu, nama pelajar lak dalam surat tu kengkadang bukan sorang dua nama jer, ada yang menjangkau lapan dan belas-belas, jadi bila lah nak siap kan... Akhirnya aku telah mengambil inisiatif macam kat gambar penuh atas tu.. Aku adjust supaya bila print sebijik surat tu seperti dalam Word sebelum ni, yup, memang sebijik, dan amat mudah menggunakannya (menggunakan jer mudah  tau, mencipta hahaha, korang kene pikiaq byk2)  Melalui inisiatif ini aku just taip details kat kotak bahagian kiri tu dan akan keluar otomatik kat bahagian kanan, iaitu bahagian di mana kalau print just keluar bahagian kanan ni jer.... surat.....


Sebenarnya banyak lagi yang korang leh buat dengan Excel ni beb... Antanya belanjawan kewangan korang, jadual, pengiraan, aduh, banyak lah... aku nak list satu-satu pun rasanya tak perlu kot... Kalau korang perlukan apa-apa; pertanyaan ka, perkhidmatan ke, commentlah kat bawah, atau boleh je contact aku... oklah, tu jer stakat ni, moga jumpa lagi di lain waktu... Selamat Malam.... hehehe... 

Wednesday 8 October 2014

Tips Power Excel (Asas) Part 3


Jumpa lagi kita yea, harini aku nak sambung sharing ilmu sikit berkenaan Excel ni, jadi harini nak brief pasal Alignment Menu seperti kat bawah ni :



Ok pada bahagian part 2 dulu, aku dah pun ceritakan berkenaan bahagian no 1 tu kan...

Oleh itu, harini nak story no 2 dan no 3 punya fungsi...  Menu ni aku yakin dah ramai yang tahu, tapi untuk melengkapkan jugak silibus, aku terpaksa bagitau jugak... hahaha...

Kenali Fungsi Menu dalam Alignment:

Ok, no 2 belah atas yang ada tulis “ab” berserta anak panah kat atas tu namanya Orientation, biasanya ia digunakan dalam jadual yang ruangnya kecil, jadi kita boleh adjust sesuatu perkataan tersebut dengan menu ini, kita boleh buat dia menegak, mengereng ke tepi, mengereng ke bawah dan sebagainya... Aku rase baik korang try buat dulu, nanti korang paham lah...

Bawah Orientation tu plak, kita panggil “Indent”, samada indent ke kiri, atau indent ke kanan...  Fungsi ea macam nak wat perenggan, kan kita kene mulakan perenggan kita jarak skit kan, kalau dulu-dulu waktu darjah-darjah, cikgu pesan jarakkan dua jari tangan, lepas tu masing-masing sibuk ukur jari memasing.. adui... hihihi...

Umm rasenya korang dah mula mahir No 1 dan 2 ni, jadi kite tgk yang ke 3, yang atas tu namanya “wrap text” fungsi nya kita nak supaya semua perkataan, semua huruf yang kita tulis kat sesuatu cell itu boleh nampak, fungsi ni dia akan otomatik adjust kebesaran Column dan Row supaya boleh view semua tulisan kita.  Contoh ea cam ni :





Yang seterusnya “Merge & Center”, ok, gunanya untuk kita gabungkan Column ataupun Row, atau kedua dua nya sekali, caranya seperti biasa yea, highlight kan Range yang nak kita gabungkan jadi satu tu, lepas highlight kite click kat Menu Merge & Center itu... Taraaaa... ia pun jadi satu... hehe


Ok, cukup dulu, nanti kita belajar lain lak yo... ^^